Selasa, 7 April 2009

Mimpi dan Realiti?

Semua orang pasti bermimpi..ada yang percaya, ada yang kata permainan tidur.
Bagi aku pula, aku percaya mimpi itu petanda masa depan, masa lalu dan masa sekarang.
Aku juga perhatikan pada waktu manakah mimpi itu aku alami. Dalam kisah nabi-nabi juga Tuhan selalu memberi peringatan dalam mimpi dan ini berlaku di kala si pemimpi tertidur.
Oleh itu, mimpi boleh dipercayai bergantung bagaimana si pemimpi mengalaminya.

Biasanya, jika mimpi itu kualami pada jam 3.00 pagi subuh dan selepasnya, iaitu sebelum matahari meninggi itu petanda apa yang berlaku pada masa depanku. Kalau aku penat dan tertidur kerana keletihan pada waktu petang atau siang hari, itu permainan tidur, iaitu apa yang sedang aku alami sekarang diadaptasi dalam waktu rehat itu. Jika aku bermimpi sekitar jam 8.00 malam hingga jam 2.00 pagi, itu perkara yang berlaku pada masa laluku dan ini menunjukkan aku perlu belajar sesuatu dari pengalaman lalu itu.

Aku buat pemerhatian daripada pengalaman mimpiku sendiri. Orang kata taksub terhadap mimpi itu tidak elok, tapi aku percaya pada rohku dan jiwaku yang menguasai jasadku. Jasad ini cuma kereta tumpangan yang akan membawaku semasa hidup di dunia, dan pemandunya itu adalah rohku yang mana itu adalah aku yang sebenarnya. Maka, jika tidak yakin terhadap pemilik asal itu susahlah hendak membuat keputusan dan pertimbangan dalam hidup.
Sebab itu perkataan ikut kata hati mati, ikut kata binasa..itu adalah jasad, sedang pemandu yang berada dalam jasad itu susah hendak didengari keputusan yang dikehendakinya.

Baru-baru ini aku bermimpi berada di kampung. Seperti di rumah lama kami yang sudah lama tumbang ke bumi sebenarnya. Dalam mimpi itu, aku melihat adik perempuanku mendapat panggilan daripada sebuah badan organisasi untuk sebuah program. Yang menghairankan, ibu menangis bercucuran air mata sedangkan aku dan ahli keluarga lain nampak tenang sahaja.

Sekejap-sekejap ibu meminta aku menelefon adikku yang sedang menaiki kapal layar. Kapal layar itu mengelilingi Pulau Borneo, dan semasa aku menelefon bertanyakan keadaan adikku ini kapal layar yang dinaikinya masih dalam pertengahan pelayaran tersebut. Aku terbangun sekitar jam 4.00 pagi dan merenungkan mimpi itu. Aku susah hati sebab nampak ibu menangis.
Bagiku bila ibu menangis aku akan berasa lebih susah hati.

Kemudian, dua hari selepas itu tiba-tiba adik perempuanku yang kumimpi ini menghantar SMS mengatakan dia ingin melanjutkan pelajaran dalam Diploma Management Technology with Accounting di Kolej Twintech Sarawak, iaitu kerjasama bersama UTM, Skudai Johor. Dia nak balik kampung minta izin ibu bapa untuk ke sana. Aku teringat mimpiku..jadi inilah maksudnya.
Kapal layar itu adalah kapal terbang yang adikku akan naiki. Pulau Borneo yang dikelilinginya adalah Sarawak yang merupakan salah sebuah negeri di kepulauan ini.

Tentu saja ibu menangis kalau dengar berita ini. Apa tidak, sudah dua tahun adikku ini berkelana di Semenanjung Malaysia baru balik Sabah, jalan lagi..Ibu mana tidak risaukan anak daranya tu..Kata ibu, senang lagi jaga tu Khinzir di kandang berbanding jaga anak daranya yang sorang tu. Aku ketawa kecil aja..Ibu pandai pula berfalsafah padahal ibu itu buta huruf. Kesian ibu..Anak-anak dah besar, mencari rezeki dan ilmu terpaksa tinggalkan ibu sekejap. Kami bukan lupa pada ibu, malah kami berusaha membahagiakan ibu sebenarnya.

Zaman ini, tanpa ilmu, kemahiran dan wang sangat payah untuk hidup. Harapkan buah-buah hutan itu, mana mampu buat ibu hidup senang..Ibu jangan tutup mata dulu, kami anak-anak ibu tengah berusaha ni. Kami akan buat ibu senyum sampai ke telinga nanti..Doakan kami berjaya ibu!

Rabu, 11 Mac 2009

Kasih Sayang, Bukit Kokol

Kelmarin (11 Mac 2009) kami bertiga, Aku, Ladut, Doy termasuk Icha yang baru genap usianya setahun mansau-mansau sana Kasih Sayang Resort. Kami ke sana dijemput oleh Zoy sambil hiking katanya. Sepanjang perjalanan ke sana, aku yang duduk kat belakang tak sabar-sabar nak merasa suhu 16 darjah celcius tu.

Hujan sangat lebat, di kiri kanan hutan aja. Jalan boleh tahan gravel dan berlubang, kadang-kadang ada yang bertar. Oleh sebab hujan yang turun tidak berhenti, alahai hiking apanya begini. Lalu Ladut yang menjadi pemandu redah aja hujan yang semakin lebat tu. Ingatkan sampai Kasih Sayang awal sikit, ni satu jam lebih terperangkap dalam jalan yang tinggi naik bukit tu. Takut juga kereta bungkul bilang Doy inda boleh katakad.

Sampai simpang Jalan Kobuni, jalan bukit tinggi inda da yang rata. Naik terus aja..Kami bilang, inda da kah jalan landai sikit ni. Kesian ni kereta sesak nafas sudah naik bukit. Jalan pun licin sebab hujan lebat. Bikin takut tul tingu di belakang. Kalau tiada pengalaman memandu dalam keadaan cemas begini, habis terbalik kereta. Aku pula terbayang sudah kereta tu bergolek-golek jatuh ke bawah bukit. Aku ingat apa yang guest lain cakap inda betul, masuk Kasih Sayang ja sudah mula adventure kecil.

Tapi Ladut yang jadi driver dapat handle gak dalam kedaan begitu. Dia pun tanya berapa buah bukit lagi mau naik. Sudah selesai bukit pertama, ada 3-4 buah bukit lagi mau naik. Adui...ngam betul kalau jalan kaki kasi pecah lutut.Hehehe..tapi hujan gia..kalau ada rombongan adventure, aku mau join lain kali..

Disebabkan tanah bukit, jadi tanah runtuh pun sana-sini. Di tepi jalan ada tanah runtuh..kuskus semangat. Matilah aku kali ini..dalam hati. Aku yang di belakang ni terlompat-lompat aja sebab jalan banyak berlubang. Macam ribut ja aku dengan kereta ikut terpelanting. Tapi siok...!!

Setelah mengharungi semua ni, kami pun sampai Kasih Sayang Resort. Zoy tersengih-sengih sambut kami. "Macam mana adventure kamu??", saja tanya tu, Zoy memang tau sudah keadaan sana. Dia bawa kami cuci mata di sekitar Kasih Sayang Resort. Sampai aku dan Ladut ikut sekali memetik cili padi di bawah tempat resort tu. Kami bergambar kenangan..

Wah..memang indah di Kasih Sayang Resort. Suhunya masa tu 16 darjah celcius. Kami yang tidak tau apa-apa ni menyesal tidak pakai baju panjang atau sweater. Sejuk sampai ke tulang. .
Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Dah nak petang..terpaksa pulang. Ingat mau stay di resort tu, tapi inda da bawa duit RM180++ semalam. Bayaran ni termasuk jungle walk and breakfast.Huhu..Kasih Sayang, nanti aku datang lagi..

Jumaat, 27 Februari 2009

Pencemaran Mata di Kota Kinabalu


Beberapa hari lalu, aku mansau-mansau di sana bandar KK. Hmmm..apa tu mansau-mansau? hehehe..jalan-jalan bah urang Sabah bilang. Cuci mata..Lama duduk kat ofis tak rasmi aku tu, aku relaks-relaks lah kunun mau cuci mata di KK.

Sambil tu aku mau pegi Pejabat Pos check peti surat. Adui dogo..sakit mata tul tingu tu Pendatang Tanpa Izin (PTI) atau nama glamournya Pilak di sana siring jalan tu. Sambil terhulur-hulur tangan minta duit. Aku dah lama perhatikan mereka sebab aku selalu juga limpas sana. Kadang-kadang aku kasian aku bagilah. Sekali aja..

Selesai aku berurusan di Pejabat Pos, aku limpas sana juga. Nah..punya sakit hati itu peminta sedekah Pilak guna tu duit yang urang bagi bikin beli rokok. Siap dia monigup sana lagi hulur tangan minta duit ++. Aku elak sebab siapa mau bagi lagi kalau dia bikin beli rokok. Kalau bikin beli makanan inda apa juga.

Sekali aku inda mau bagi tu, yang budak-budak pula bubut (kejar) aku. Tarik baju..halang jalan. Aku inda juga mau bagi. Terus itu budak umban aku sama pasir dan batu. Aduh..sakit bah!!
Aku marah tul..Mau balas balik budak-budak aja. Nanti konco-konco budak tu cari aku bawa pisau, siapa mau mati sia-sia??

Aku bukan anti sangat dengan PTI ni sebab mereka pun manusia juga. Mereka pandai cari makan dan rebut peluang. Di kala budak-budak SPM kat kampung yang mau cari kerja di KK, bujang-bujang Pilak dah kasi penuh semua jawatan di Center Point Shopping Complex. Dari Sales Assistant sampai ke Pembancuh Kopi, semua diorang pandai buat. Aku ke Nosoob, Kobusak ada sebuah rumah banglo sana yang dimiliki oleh orang Yakan, Filipina. Menurut orang yang berjiran dengan mereka, pemiliknya kerja sebagai kontraktor. Hebat kan mereka?
Malah yang jual sayur di Pasar Philippines tu pun ada jutawan senyap oh. Kagum aku dengan mereka...kunun..

Tapi apa yang aku kesal kehadiran mereka memburukkan keadaan bandar Kota Kinabalu. Sekarang ni KK macam kota Manila aja. Kalau dulu aku rasa selamat mansau-mansau di KK, sekarang aku rasa terancam.
Sana-sini berkeliaran tu budak Pilak, terutamanya di Sinsuran. Semua tempat buli jadi tempat tidur. Asal buli menyisip, pokok pun buli jadi rumah dan tidur dengan nyenyak.

Sekarang mau cuci mata pun inda buli. Sakit mata saja..kehadiran mereka terlalu ramai sehingga lebih separuh pribumi Sabah. Aku tak tau lah apa jadi dengan bumi yang tercinta ini...sedih sangat. Aku takut kalau-kalau budak-budak Pilak tu buat rusuhan kat Sabah. Palis-palis..
Mereka sudah lebih separuh tu..yang pribumi habislah menang sorak kampung tergadai..

Khamis, 26 Februari 2009

Aku Dalam Pengembaraan Dan Kenangan One Piece


Dulu aku ingat apalah yang best sangat dengan anime ni?
One Piece? Luffy? Zoro?Nami? Sanji? Usopp? Chopper? Nico Robin?

Tapi sekarang aku mengembara bersama mereka. Tak sabar tunggu setiap episod dan tak mahu ia tamat..Aku berkenalan dengan One Piece ketika aku berada di tingkatan 5, sekitar tahun 2002 gitu. So boleh agak dah berapa umur aku? Hehehe...

Aku taklah taksub sangat dengan dunia manga ni. Tapi bestfriend aku, Soon Nyuk Fung atau nama manjanya aku panggil Upong taksub sangat. Ketika kami belajar fizik, cikgu Johari yang terkenal dengan celotehnya yang lucu, cerita Upong lagi lucu. Sampai aku terbahak-bahak dengar dia bercerita mengenai One Piece.

Masa tu aku takda masa nak layan manga. Maklum aja duduk menumpang kat rumah pak cik, segala kelakuan amat terbatas. Siapa-siapa yang pernah rasa menumpang tu tentu faham bagaimana perasaan tinggal kat rumah orang dan dicap sebagai perosak rumahtangga. Dalam dunia aku yang tertekan tu, Upong ja lah yang datang kat rumah menjadi penghibur. Hairan aku dengan dia, orang lain sibuk prepare SPM dia sibuk dengan One Piecenya.

Masa berlalu begitu pantas. Sekarang dah tahun 2009, persahabatan ku dengan Upong turut berlalu selepas masing-masing tamat tingkatan 5. Kami sama-sama mendapat tawaran ke Matrikulasi Labuan, tapi aku tersangkut tak dapat datang disebabkan masalah kewangan. Aku merayu kat bapa minta tolong supaya tandatangan borang kemasukan ke matrikulasi, tapi dia buat endah tak endah.

Aku sedih dan kecewa..Aku hanya menghantar pemergian Upong dan rakan-rakan lain ke sana dengan air mata. Sebulan selepas mereka belajar kat sana, mereka mengirim surat dan khabar masing-masing kat aku. Macam-macam cerita lucu dan sedih mereka. Ketika aku menerima surat mereka, aku membaca setiap bait perkataan dengan linangan air mata. Tapi masa berlalu dan masing-masing sibuk dengan peperiksaan. Surat makin kurang lama-lama aku tidak menerimanya lagi.

Aku tidak menyalahkan mereka. Ini kerana selepas SPM, aku perlu berpindah rumah dan bekerja untuk menyara hidup. Aku sendiri dan sepi. Dunia ibarat bayang-bayang yang sentiasa mengekori tapi tidak menunjukkan jalan ke mana harus aku pergi. Mungkin Upong ada menghantar surat kat rumah pak cik aku, tapi oleh sebab aku tak lagi tinggal di sana aku tidak menerimanya. Maka perhubungan kami terputus begitu sahaja. Selepas menerima tamparan dan penghinaan yang hebat, aku mengemas barang-barangku dan mundar-mandir di kota kecil ini.

Aku tidak tahu ke mana arah harus aku melangkah, mujur aku terjumpa rakan sekampung, Fatimah, dialah yang sudi membawa aku ke rumah sewanya di Bandaran Berjaya. Memang sukar hidup masa tu. Aku terpaksa tidur berhimpit macam ikan sardin bersama penghuni-penghuni lain. Tapi aku bersyukur kerana tidak merempat di jalanan.

Mujur aku dapat kerja..selepas keluar masuk kedai tanpa SPM, PMR lah yang aku usung ke sana ke mari.Part time aja, RM2/jam aku sangat berterima kasih kepada Tuhan. Dengan gaji itu, dapatlah aku mengirim wang kepada keluarga di kampung, membayar sewa rumah dan keperluanku sendiri. Aku bekerja kuat kerana gajiku dibayar mengikut jam. Maka aku rela bekerja 12 jam sehari. Dalam kepenatan itu, aku terkenang kawanku Upong, Kit, Sheila, Suzie, Ika..Terngiang-ngiang Upong menyebut Gomu Gomu No..Pistol!!

Apa yang aku suka tentang One Piece adalah semangat setiakawan mereka yang sentiasa saling mempercayai dan tolong-menolong kerana menganggap mereka adalah nakama Luffy. Dalam apa jua kesusahan dan cabaran, sikap yang berbeza-beza di kalangan ahli namun Luffy sebagai kapten berjaya menyatukan nakamanya kerana sikap tanggungjawabnya sebagai ketua.

Hahahaha...Upong..Upong..di mana juga kau berada, aku harap kau bahagia. Aku selalu ingat kat kau. Bila aku rindu kat kau, aku tengok One Piece. Kadang-kadang aku nangis bila ada babak-babak tertentu yang mengingatkan aku pada kau. Kau sahabat yang baik..terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku.

Sekarang, masa sudah 6 tahun berlalu tapi suara dan cerita kau yang lucu itu selalu berada dekat di hatiku. One Piece bukan sahaja sebuah cerita kenangan tapi aku turut mengembara bersamanya. Terima kasih kepada Eiichirō Oda yang menulis sebuah cerita penuh pengharapan dan semangat perjuangan ini. Cerita ini bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak tapi orang dewasa juga..Siapa yang belum tengok tu, cuba-cubalah tengok kat NTV7 jam 10.00 pagi setiap ahad.Tapi aku dah lama tengok online sebab tak sabar..Hehehehe..

Ahad, 11 Januari 2009

The Story of Diane

A girl went to a party and she ended up staying longer than planned,and had to walk home alone.

She wasn’t afraid because it was a small town and she lived only a few blocks away. As she walked along under the tall elm trees, Diane asked God to keep her safe from harm and danger.

When she reached the alley, which was a short cut to her house, she decided to take it.

However, halfway down the alley she noticed a man standing at the end as though he were waiting for her.

She became uneasy and began to pray,asking for God’s protection. Instantly a comforting feeling of quietness and security wrapped round her, she felt as though someone was walking with her.

When she reached the end of the alley,she walked right past the man and arrived home safely.

The following day, she read in the newspaper that a young girl had been raped in the same alley just twenty minutes after she had been there.

Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been her, she began to weep.

Thanking the Lord for her safety and to help this young woman, she decided to go to the police station.

She felt she could recognize the man,so she told them her story.The police asked her if she would be willing to look at a lineup to see if she could identify him.

She agreed and immediately pointed out the man she had seen in the alley the night before. When the man was told he had been identified, he immediately broke down
and confessed.

The officer thanked Diane for her bravery and asked if there was anything they could do for her.
She asked if they would ask the man one question.

Diane was curious as to why he had not attacked her. When the policeman asked him, he
answered, "Because she wasn’t alone. She had two tall men walking on either
side of her."

Amazingly, whether you believe or not, you’re never alone. Did you know that
98% of teenagers will not stand up for God?

God is always there in your heart and love.

Jumaat, 9 Januari 2009

Suara Hati Seorang Nenek


Ketika saya berkunjung ke rumah seorang nenek, dia mengeluh kerana anak-anaknya bagaikan tidak peduli tentang kehidupannya di kampung.

"Setelah aku membesarkan mereka, aku bahagia kerana mereka sudah punya kerjaya dan kehidupan sendiri di kota besar". Begitu luahan hati seorang nenek.


Saya memerhatikan keadaan rumahnya yang sangat uzur. Menurutnya lagi, rumahnya pernah dibakar orang pada bulan Ogos 2008, tapi si pembuat angkara yang membakar rumahnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Saya tersentuh melihat keadaan hidupnya. Andai saja saya punya kewangan yang lebih, mahu saja kubina sebuah rumah baru untuknya. Makan pakai yang tidak terurus, melihat keadaan hidupnya saya sangat tersentuh.


Menurutnya lagi, anak-anaknya ada sesekali mengirim wang kepadanya tetapi jika hanya sebanyak RM50 apalah yang mampu dibelinya. . Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Sedangkan hendak ke pekan Kota Marudu membeli keperluan, tambang kereta sudah menjangkau RM6. Bakinya untuk membeli beras..katanya.


Dia bertanya, apa lagi yang harus kulakukan?
Dengan tenaga empat kerat ini, aku tinggal menanti ajal yang menjemput. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah merasa kebahagiaan.
Apa erti hidupku? Asal saja anak-anakku bahagia, aku pun bahagia..