KUALA LUMPUR: Bisa gigitan lipan boleh membawa maut kepada manusia, terutama jika mangsa gagal mendapat rawatan segera.
Walaupun tidak seteruk kesan gigitan kala jengking atau patukan ular, bisa lipan jenis tertentu boleh menyebabkan mangsa koma dan meninggal dunia jika berlaku kejutan ‘anaphylaxis’ iaitu alahan atau ‘sepsis’ iaitu jangkitan kuman serius dalam darah.
Ketua Koodinator (Klinikal) PTJ Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Abdul Ali Raja Mohamed, berkata mangsa boleh mengalami kejutan anaphylaxis dalam masa 30 minit seperti gatal, berpeluh, jantung berdegup kencang, bengkak, sesak nafas, pening dan pengsan.
Kesan itu berlanjutan beberapa hari hingga menyebabkan masalah pada jantung mangsa, manakala sepsis pula boleh berlaku selepas tiga atau empat hari termasuk mangsa mengalami demam yang kuat.
“Kejutan anaphylaxis dan sepsis memang boleh menyebabkan mangsa maut tetapi ia boleh dikesan secara klinikal dan diubati jika segera dirawat. Bagaimanapun jarang berlaku kes kematian akibat bisa lipan,” katanya semalam.
Semalam akhbar ini melaporkan seorang wanita yang hamil tujuh bulan meninggal dunia pagi kelmarin selepas empat hari koma, disyaki digigit lipan di rumahnya di Kampung Tanjong Siam Baru di Kuala Selangor, Selangor.
Azlina Saian, 34, mengadu digigit serangga pada 29 Disember tetapi hanya menyapu minyak gamat.
Keesokannya muka Azlina membengkak dan terpaksa dipimpin setiap kali ke bilik air hingga terpaksa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) pada 1 Januari sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Mangsa mengalami pendarahan teruk dari hidung, mulut dan kuku serta terpaksa menerima pemindahan darah. Bayi dalam kandungan meninggal dunia sebelum itu dan dilahirkan secara paksa.
WASHINGTON: Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.
Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer. Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.
Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, berkata: ‘’Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat.”
Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua kilo setahun. Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.
Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza, termasuk program biasa dan komedi. Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan. – Agensi
Berikut merupakan senarai ubatan tradsional yang biasa digunakan oleh suku kaum Momogun Rungus di daerah Kota Marudu, Sabah. Secara jujurnya, saya bukan seorang yang pakar dalam perubatan. Saya cuma menamakan ubat-ubat tradisional menurut nama panggilan suku kaum Momogun di Sabah.
Nama Ubat: Kulit Deringin Kegunaan: Menghentikan Pendarahan bagi luka-luka ringan. Cara menggunakan: Ambil kulit, kikis dan letakkan di bahagian yang luka.
Nama Ubat: Tavavo Kegunaan: Buang angin lepas bersalin dan mencairkan darah yang beku dalam rahim. Cara menggunakan: Ambil daun, rendamkan dalam air panas dan mandi selagi air masih suam.
Nama Ubat: Kalapanas Kegunaan: Penawar selesma yang baru menyerang hidung. Cara menggunakan: Kikis kulit, tuang air panas, kemudian minum.
Nama Ubat: Gensing Bukit Kegunaan: Ubat Darah tinggi Pencuci Pundi Kencing Menambah tenaga Cara menggunakan: Kikis akar dan masak sehingga mendidih kemudian minum selagi masih suam. Minum 2 x sehari.
Nama Ubat: Langod-langod Kegunaan: Demam Panas dan batuk Cara menggunakan: Ambil akar, rendam dengan air panas. Minum sedikit dan selebihnya mandi.
Nama Ubat: Buah Mengkudu Kegunaan: Darah tinggi Menambah tenaga Cara menggunakan: Rebus buah mengkodo kemudian minum air rebusan tersebut. Amalkan 2X sehari
Nama Ubat: Tonkgat Ali Kuning Kegunaan: Ubat Malaria Menambah tenaga Cara menggunakan: Ambil akar, kikis atau raut kemudian rendam dengan air panas dan minum. Amalkan 2 X sehari.
Nama Ubat: Radap Kegunaan: Demam Panas Alahan Cara menggunakan: Ambil Kulit dan rebus sehingga mendidih. Minum sedikit dan mandi. Amalkan 2X sehari.
Nama Ubat: Akar lalang Kegunaan: Penawar Kudis mulut Cara menggunakan: Ambil akar, bersihkan dan masak kemudian minum. Sesuai diminum selagi ia masih suam supaya cepat bertindak balas
Nama Ubat: Pucuk Jambu Batu Kegunaan: Penawar Cirit birit Cara menggunakan: Ambil pucuk tuangkan dengan air panas kemudian minum. Amalkan sehingga cirit birit sembuh.
Nama Ubat: Gunaton Kegunaan: Merawat mata merah dan berair Cara menggunakan: Ambil akar yang dicantas dan titiskan air akar itu ke dalam mata. Amalkan sehingga sembuh.
Nama Ubat: Akar Lintotobou Kegunaan: Buang angin lepas bersalin. Membersihkan rahim. Cara menggunakan: Ambil akar, masak kemudian minum selepas bersalin.
Nama Ubat: Saraman Kegunaan: Menghentikan pendarahan bahagian luka Cara menggunakan: Ambil daun, kunyah kemudian letakkan di tempat yang terluka.
Nama Ubat: Tali-tali Kegunaan: Penawar racun. Cara menggunakan: Cabut bersama dengan akar. Bersihkan secukupnya dan rendam dengan air panas kemudian minum.
Berasal dari Kota Marudu, membesar dalam persekitaran hutan dan hidup berpindah-randah. Selalu ditipu, dikhianati, dibuli dan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Dengan beranggapan dunia ini hanya sementara, yakin suatu hari nanti perjalanan ini akan berakhir dengan air mata dan harapan.