Selasa, 9 Disember 2008
PerubatanTradisional Momogun Rungus
Berikut merupakan senarai ubatan tradsional yang biasa digunakan oleh suku kaum Momogun Rungus di daerah Kota Marudu, Sabah. Secara jujurnya, saya bukan seorang yang pakar dalam perubatan. Saya cuma menamakan ubat-ubat tradisional menurut nama panggilan suku kaum Momogun di Sabah.
Nama Ubat: Kulit Deringin
Kegunaan:
Menghentikan Pendarahan bagi luka-luka ringan.
Cara menggunakan:
Ambil kulit, kikis dan letakkan di bahagian yang luka.
Nama Ubat: Tavavo
Kegunaan:
Buang angin lepas bersalin dan mencairkan darah yang beku dalam rahim.
Cara menggunakan:
Ambil daun, rendamkan dalam air panas dan mandi selagi air masih suam.
Nama Ubat: Kalapanas
Kegunaan:
Penawar selesma yang baru menyerang hidung.
Cara menggunakan:
Kikis kulit, tuang air panas, kemudian minum.
Nama Ubat: Gensing Bukit
Kegunaan:
Ubat Darah tinggi
Pencuci Pundi Kencing
Menambah tenaga
Cara menggunakan:
Kikis akar dan masak sehingga mendidih kemudian minum selagi masih suam. Minum 2 x sehari.
Nama Ubat: Langod-langod
Kegunaan:
Demam Panas dan batuk
Cara menggunakan:
Ambil akar, rendam dengan air panas. Minum sedikit dan selebihnya mandi.
Nama Ubat: Buah Mengkudu
Kegunaan:
Darah tinggi
Menambah tenaga
Cara menggunakan:
Rebus buah mengkodo kemudian minum air rebusan tersebut. Amalkan 2X sehari
Nama Ubat: Tonkgat Ali Kuning
Kegunaan:
Ubat Malaria
Menambah tenaga
Cara menggunakan:
Ambil akar, kikis atau raut kemudian rendam dengan air panas dan minum. Amalkan 2 X sehari.
Nama Ubat: Radap
Kegunaan:
Demam Panas
Alahan
Cara menggunakan:
Ambil Kulit dan rebus sehingga mendidih. Minum sedikit dan mandi. Amalkan 2X sehari.
Nama Ubat: Akar lalang
Kegunaan:
Penawar Kudis mulut
Cara menggunakan:
Ambil akar, bersihkan dan masak kemudian minum. Sesuai diminum selagi ia masih suam supaya cepat bertindak balas
Nama Ubat: Pucuk Jambu Batu
Kegunaan:
Penawar Cirit birit
Cara menggunakan:
Ambil pucuk tuangkan dengan air panas kemudian minum. Amalkan sehingga cirit birit sembuh.
Nama Ubat: Gunaton
Kegunaan:
Merawat mata merah dan berair
Cara menggunakan:
Ambil akar yang dicantas dan titiskan air akar itu ke dalam mata. Amalkan sehingga sembuh.
Nama Ubat: Akar Lintotobou
Kegunaan:
Buang angin lepas bersalin.
Membersihkan rahim.
Cara menggunakan:
Ambil akar, masak kemudian minum selepas bersalin.
Nama Ubat: Saraman
Kegunaan:
Menghentikan pendarahan bahagian luka
Cara menggunakan:
Ambil daun, kunyah kemudian letakkan di tempat yang terluka.
Nama Ubat: Tali-tali
Kegunaan:
Penawar racun.
Cara menggunakan:
Cabut bersama dengan akar. Bersihkan secukupnya dan rendam dengan air panas kemudian minum.
Labels:
ubat tradisional sabah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan