Jumaat, 9 Januari 2009

Suara Hati Seorang Nenek


Ketika saya berkunjung ke rumah seorang nenek, dia mengeluh kerana anak-anaknya bagaikan tidak peduli tentang kehidupannya di kampung.

"Setelah aku membesarkan mereka, aku bahagia kerana mereka sudah punya kerjaya dan kehidupan sendiri di kota besar". Begitu luahan hati seorang nenek.


Saya memerhatikan keadaan rumahnya yang sangat uzur. Menurutnya lagi, rumahnya pernah dibakar orang pada bulan Ogos 2008, tapi si pembuat angkara yang membakar rumahnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Saya tersentuh melihat keadaan hidupnya. Andai saja saya punya kewangan yang lebih, mahu saja kubina sebuah rumah baru untuknya. Makan pakai yang tidak terurus, melihat keadaan hidupnya saya sangat tersentuh.


Menurutnya lagi, anak-anaknya ada sesekali mengirim wang kepadanya tetapi jika hanya sebanyak RM50 apalah yang mampu dibelinya. . Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Sedangkan hendak ke pekan Kota Marudu membeli keperluan, tambang kereta sudah menjangkau RM6. Bakinya untuk membeli beras..katanya.


Dia bertanya, apa lagi yang harus kulakukan?
Dengan tenaga empat kerat ini, aku tinggal menanti ajal yang menjemput. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah merasa kebahagiaan.
Apa erti hidupku? Asal saja anak-anakku bahagia, aku pun bahagia..


2 ulasan:

TOMPINAI berkata...

tersentuh dengan cerita yang cik tulisa... inilah yang dikatakan kehidupan...bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan sentiasa mengingati mereka yang dalam kesmpitan hidup..

SURUPU berkata...

Setiap yang berlaku ada hikmatnya.Cerita cik ini mengingatkan saya tentang kata pepatah yang berbunyi' seperti kacang lupakan kulit' itulah realiti di dunia ini.